Wednesday, August 27, 2008

Cacing Induk Untuk Dijual

INDUK CACING UNTUK DIJUAL DENGAN HARGA RM250/kg UNTUK SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SILA EMAIL ATAU TELEFON 017-2097875 UNTUK TEMPAHAN......MINIMUM TEMPAHAN 10KG....SILA BANK IN DI CIMB BANK 01090098238524 DAN SMS ATAU EMAIL BUTIR-BUTIR BERIKUT UNTUK BUKTI PEMBELIAN:

TARIKH
MASA
TEMPAT
JUMLAH
NAMA
ALAMAT PENGHANTARAN

Thursday, August 7, 2008

Serangan

Untuk pengetahuan semua minggu lepas kawasan cacing aku yang di bawah telah diserang oleh angkatan tentera semut hitam. Ada yang kecil dan ada juga jenis yang besar, apa lagi kelam-kabut la aku dibuatnya. Aku korek-korek nak cari sarang semut tak jumpa, abis plastik untuk lapik cacing aku tu koyak kena gigit ngan semut-semut tu. Disebabkan banyak sangat semut maka aku pun amik tong fiber dan aku masukkan cacing-cacing aku kat dalam tu termasuk sekali media ngan bajanya dan aku curahkan air kat dalam tu. Dan aku biarkan lebih kurang dalam 15 minit sebab aku tau yang cacing takkan mati kalo dok kat dalam air, aku wat camtu sebab nak keluarkan semut-semut tu.
Lebih kurang 15 minit aku pun keluarkan la cacing-cacing tu dan pindahkan cacing-cacing tu ke tingkat atas. Mana-mana semut yang aku nampak pasti aku tenyehkan kecuali satu semut yang besar yang aku tak tenyehkan sebab aku nak tengok semut mati tak kalo kat dalam air. Lebih kurang dalam lima minit aku biarkan semut tu rupanya semut tadi tu hidup lagi ini bermakna mana-mana semut yang aku tak jumpa pasti ada yang hidup lagi padahal masa aku jumpa tu memang tak bergerak pun. Nak wat camne semua cacing-cacing tu aku dah transfer abis kat atas sekali ngan cacing-cacing asal jadi aku biarkan je sebab semut-semut tu pun dah tak banyak mana-mana yang aku nampak aku tenyehkan jee.
Dari post mortem yang aku jalankan rupanya semut-semut tu dapat naik ke atas sebab kain yang aku ikat kat kaki rak tu dah kering dari minyak sebab tu la laju je diaorang dapat naik. Dan sarang semut tu rupanya kat tempat media cacing yang aku letakkan bersebelahan tempat cacing aku, apalagi aku pun mulakan operasi pembersihan. Puhhh....banyak keje yang nak dilakukan kalo dah kena camne. Jadi pada penternak2 baru pastikan kaki rak tu diperiksa selalu untuk memastikan keberkesanannya.

Monday, August 4, 2008

Baja

Kalo nak tau ini la rupa vermikompos yang dihasilkan oleh cacing yang berwarna hitam tu dan yang kat sebelahnya tu adalah media yang baru disiapkan berwarna coklat, media tersebut adalah campuran 30% tinja kambing & 70% habuk kayu.













Kalau kita menggunakan campuran sabut kelapa proses mengayak lebih mudah kerana ia lebih mudah terurai tetapi untuk mengutip cacing lebih susah kerana terdapat banyak serabut-serabut dari sabut kelapa yang mana cacing-cacing akan tersembunyi dicelah-celah serabut kelapa lain kali aku tunjukkan gambarnya yeee untuk sapa-sapa yang tak paham dari penerangan aku ne..

Gambar yang kat bawah ne yang dalam bekas fiber tu adalah tinja kambing & habuk kayu yang aku dah rendam selama seminggu. Nampak tak air yang berwarna hitam tu?? itu adalah air yang terhasil dari rendaman tinja kambing itu. Tapi air tu aku tak buang aku gunakan sebagai baja untuk pokok cili, kacang panjang & bendi. Gambar seterusnya adalah semasa nak buat rak untuk cacing-cacing aku. Yang tengah mengergaji itu adalah akunya Construction Manager merangkap pak mentua aku serta pembantu-pembantunya yang kejenya membantu untuk tengok je....hehehe.













Ini gambar rak yang telah siap dan yang disebelahnya itu dapat kita lihat kain kat kaki rak tu. Kain tu aku rendam ngan minyak tanah tujuannya adalah untuk menghalang semut-semut dari naik ke atas rak dan menyerang cacing-cacing aku.