Monday, June 23, 2008

Peralatan untuk mengayak

Ini la rupa peralatan untuk mengayak tapi yang ditunjukkan di dalam gambar ne masih dalam pembinaan lebih kurang 90% dah siap la. Kalau dah siap kang saya siarkan di post yang lain yee..











Dan gambar yang satu lagi pulak jaring yang akan digunakan untuk tutup disekeliling pondok, tinggi cuma 1 meter je ini adalah untuk pengaliran udara keluar masuk.

Dan diatas jaring tu lak kang nak pasang kanvas supaya cacing-cacing tu nanti tak kena hujan kang banjir lak tempat tinggal cacing tu & terlindung dari pancaran matahari untuk mengelakkan cacing tu dari mati kekeringan. Untuk lebih detail sila tengok pelan yang ditunjukkan, takde la lawa sangat tapi boleh la paham.


Oooo yee..sibuk-sibuk cite pasal tempat cacing, mesti korang tanya...mana cacingnya?? Untuk pengetahuan semua induk cacingnya masih belum beli lagi tapi tempat mesti kena siapkan dulu, nanti tak la kelam-kabut kalau cacing dah sampai.

Lagipun sekarang ne tengah cari supplier cacing yang memberikankan harga yang berpatutan jadi belanja tak la banyak sangat. Setakat ne ada la 2~3 nama yang boleh saya deal untuk supply induk cacing. Nanti kalo saya dah confirm yang mana satu saya akan siarkan dalam blog ne yee..

Tuesday, June 17, 2008

Permulaan Untuk Menternak Cacing

Memang rasa perit jugak la nak menternak cacing ne, macam-macam nak kena buat. Mula-mula sekali nak kena carik tempat dulu. Macam saya wat kat depan rumah je cam yang kat dalam gambar tu, ini la kawasan yang akan dijadikan mahligai untuk cacing hehehhehe..

Nampak tak guni putih yang diatas rak tu? Dalam guni tu ade taik ayam yang saya dapatkan bekalannya dari kawan saya, Engku di Jambu Rias, Karak. Berat la jugak masa nak mengangkatnya adalah dalam 40kilo beratnya untuk satu guni. Pada sapa2 yang berminat nak membeli taik ayam ne boleh la message saya. Masa nak amik taik ayam tu toksah cite la bau nye memang menyengat hidung punya la, nak bawa guna lori takde terpaksa la bawak guna waja dari Jambu Rias nak ke Batu 7 adalah dalam 30 minit tahan je laa baunye sepanjang perjalanan...Ini la cite untuk minggu pertama

Friday, June 13, 2008

Pengenalan

Industri penternakan cacing di Malaysia masih lagi baru dan jika nak dibandingkan dengan di Eropah memang kita jauh ketinggalan termasuk juga di Indonesia kita masih belum mampu mengatasinya dari segi tahap pengeluaran. Tetapi kini di negara kita telah banyak melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dan ada juga yang telah menjadi jutawan dengan hasil dari penternakan cacing. Tetapi kebanyakan usahawa-usahawan ini terdiri dari penternakan kecil-kecilan macam saya. Kata orang kalau nak berjaya kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh walaupun terdapat banyak rintangan dan kita juga mestilah banyak-banyak berdoa insyaallah akan berjaya. Saya juga berdoa agar usahawan-usahawan samaada yang masih baru atau dah lama menceburi bidang ini akan lebih berjaya di masa yang akan datang.