Tuesday, July 29, 2008

Kutip Hasil Baja

Baja yang terhasil semestinya berwarna hitam dan tidak berbau itulah yang dikutip untuk dijadikan baja untuk tanaman. Cara untuk mengambil baja senang je, cuma kaut dibahagian atas media sebab baja yang terhasil akan sentiasa berada di bahagian atas. Jangan kaut semua, hanya yang sudah menjadi baja sahaja yang dikaut. Macamana nak tau, masa kita kaut tu sampai kita nampak makanan cacing maknanya baja sampai takat tu je. Kat bawah ni ade gambar aku tengah kaut baja, tapi gambar baja tu tak nampak laa sebab gelapkan...












Lepas kaut baja nak kena ayak lak, sebab masa kita kaut baja tu cacing ngan telur-telur cacing sekali yang kita kaut, jadi untuk memudahkan keje mengutip cacing-cacing kena la ayak dulu. Untuk pengetahuan pada yang baru nak menternak sebelum kaut baja pastikan media jangan disiram sehari sebelumnya, ini adalah untuk memudahkan proses mengayak kerana kalau dalam keadaan basah baja-baja akan melekat-lekat kat jaring pengayak, kat cacing kira leceh la nak wat keje kalo basah-basah ne. Gambar seterusnya cara mengayak baja lak.












Untuk gambar yang disebelah tu kita dapat lihat yang kat bawah tu adalah hasil baja yang telah diayak yang lebih halus dan lebih cepat kering bila dijemur nanti. Selepas diayak mana-mana cacing yang kelihatan kita kutip dan dimasukkan balik ke tempat kediamannya, tapi pastikan jangan tengok cacing yang kat pengayak je kadang tu cacing tu boleh melepasi jaring tu dan jatuh ke bawah bersama-sama baja yang telah diayak. Kalo rajin kutip laa kalo tak biarkan je sebab masa kita jemur nanti boleh gak kutip.


Tuesday, July 22, 2008

Harapan Terakhir Untuk Kanser

Mengubati yang sukar diubati dengan vitamin B17.

Dr Dean Burk seorang pakar dari Jerman telah mengkaji secara terperinci mengenai vitamin B17 menyatakan:
"Apabila kami memasukkan B17 ke atas sel-sel kanser di bawah mikroskop kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat"
Sesuai untuk semua jenis kanser walaupun selepas pembedahan, radioterapi atau kimoterapi.
Kita boleh mendapat vitamin B17 dengan banyak pada biji apprikot.

Cara pemakanan biji aprikot:
1. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau nenas, selepas 15~30minit minum Magic Bullet Drink**. Mulakan pengambilan seawal jam 4 pagi kerana pada waktu ini merupakan waktu yang paling lemah untuk sistem pertahanan sel-sel kanser.

2. Dengan cara yang sama pengambilan seterusnya pukul 8.00pagi, 12 tengahari, 4 petang, 8 malam dan 12 tengah malam.

**Magic Bullet Drink - Campuran 15~20 biji aprikot diblender dengan ½biji epal + 2 gelas air tanpa dicampurkan dengan gula.

Nota: Bagi pengidap kanser anda tidak dibenarkan memakan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ini adalah kerana nasi akan ditukar menjadi gula melalui sistem badan kita, gula mempunyai kandungan pH5 dan ia merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak. Pengambilan gula putih juga akan membanyakkan sel kanser.

DENGAN MEMAKAN TUJUH BIJI APRIKOT SETIAP HARI AKAN MENJADI HAMPIR MUSTAHIL UNTUK SEL KANSER MEMBIAK.
Darah tinggi & Kencing Manis
5~7 biji dimakan begitu sahaja atau dikisar dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2~3 kali sehari.
Jantung & Kardiovaskular
8~10 biji dimakan begitu sahaja atau dikisar dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2~3 kali
sehari.

Mengurangkan bintik-bintik hitam & jerawat, sel-sel mati serta menghilangkan kulit kasar
5~7 biji dimakan begitu sahaja atau dikisar dengan sebarang jenis buah terutamanya lobak merah. Amalkan 2~3 kali sehari.

Radang Paru-paru
7~10 biji dimakan begitu sahaja atau dikisar dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2~3 kali sehari.
HANYA RM100 UNTUK 1KG BIJI APRIKOT & TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
Sila sms kuantiti, alamat, tarikh bank-in, masa bank-in di nombor 017-2097875 selepas membuat pembayaran.
Bank in di CIMB BANK - 01090098238524 (Muazam Bin Mustaffa)

Friday, July 18, 2008

Cacing aku

Ini la rupa cacing yang aku beli...aku amik ne pun pasal diaorang posing bagus nya...hehehehe...
Tapi cacing yang aku beli ne banyak yang bercampur-campur ade yang jenis Lumbricus Rubllus (cacing merah) & sedikit Pherionyx Excavatus (Blue Worm). Masalahnya kalo cacing yang bercampur-campur ne kang macam-macam la kerenahnya sebab setiap satu jenama cacing tu sifatnya berlainan. Tapi tu la nak wat camne bela je laa jgn banyak yang mati dah laa.

Mak mentua aku tengok cacing ni pun sampai termuntah-muntah...sian kat dia. Jangankan mak mentua aku anak-anak aku pun geli nak pegang. Untuk pengetahuan cacing matang selalunya selepas 4 bulan, tapi kalo nak kira dari penetasan kokon adalah 6 bulan dan selepas tu boleh lah dijual. Dalam pengiraan matematik anggaran 1kg cacing = 2000 ekor (lebih kurang laa) ini adalah untuk cacing yang dah matang (lebih 3½ bulan). Tapi selalunya yang diterima campur-campur ada yang kecil ada yang besar tapi kalo dapat banyak yang kecil jangan laa marah lak sebab kalo ikut kuantiti lebih banyak yang cacing kecil. Anggaran lebih kurang 3000~5000 ekor sekilo. Jadi sapa yang untung???

Thursday, July 17, 2008

Pengalaman yang berharga

Penattt...itulah yang aku dapat gambarkan apabila mula menerima bekalan cacing. Tak sangka aku susah jugak nak menternak cacing ne memang banyak kerja yang nak kena buat.

Aku mendapat bekalan cacing pada hari ahad lepas (13/7/08) dari Dr Azwan oleh kerana aku hendak dalam perjalanan balik ke mentakab jadi aku meminta Dr azwan menunggu aku di Petronas d gombak yang nak menghala ke Kuantan. Lebih kurang pukul 9 malam kami bertemu di tempat yang dijanjikan...sekali diaorang dah salah packing laa pulak aku nak order 8kg je alih-alih jadi 10kg lak, dah nak wat camne aku amik laa gak termasuk sekali makanan cacing yang aku order sekali.....penuh laa bonet. Bekalan cacing yang aku dapat tu dimasukkan didalam kotak yang mana didalam kotak tu terdapat dua bungkus setiap 1 bungkus 2.5kg cacing. Disebabkan kekurangan ruang maka akupun masukkan cacing tu didalam bonet, sebab anak aku tido jadi tempat pun tak muat untuk aku masukkan cacing.

Tapi lebih kurang 40 minit perjalanan aku rasa cam tak best takut-takut kalo cacing aku mati lak kang, aku berenti kat petronas kat highway karak aku pindahkan cacing aku kat dalam keta. Masa nak masukkan cacing kat dalam keta aku risau gak kalo berbau maklum laa bini aku kang bising lak dia kat aku....tapi aku terkejut gak letak dalam keta tutup tingkap keta sume memang tak berbau.

Sampai je kat umah pak mentua aku pas turunkan barang sume maka bermula la proses pengaulan makanan cacing yang aku beli tadi. Kotak yang aku gunakan untuk cacing ne bersaiz 2' x 3' semua sekali ada tiga. Nasib baik laa pak mentua aku tolong sekali kalo aku buat sorang-sorang memang tak tido laa jawapnya. Tu pun aku start pukul 1030 malam siap lebih kurang pukul 115pagi. Aku nak cite masa mengaul makanan cacing, selepas timbang masukkan dalam bekas makanan cacing tu kena gaulkan atau uli kerana banyak berketul-ketul jadi kena laa hancur-hancurkan guna tangan ini adalah untuk memberi lebih banyak oksigen masuk ke dalam makanan cacing. Semasa mengaul memang macam2 laa leh jumpa kadang tu serpih kayu, batu, plastik dan cacing pun kadang tu pun ada.

Ini la bekas yang aku gunakan untuk menternak cacing. Nampak tak bekas yang kat dalam bekas tu yang ada garis2 merah, tu cacing-cacing yang degil sume tak nak masuk kat dalam sume nak lepak kat luar.
Mungkin sebab campuran media yang tak betul aku terpaksa salin balik media tu memang banyak keje tapi nak buat camne kan, kalo tak lagi banyak yang mati cacing aku...tu pun aku kumpul2 lebih kurang dalam 2 kilo gak cacing aku mati....sabar je laa..tapi tak pe laa jadi ini sebagai pengalaman yang berharga.