Tuesday, September 9, 2008

Petani digalak cebur bidang penternakan cacing

Mohd Sabri Said 
Mon | Sep 08, 08 | 12:30:18 pm MYT

TASEK GELUGOR, 8 Sept (Hrkh) - Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Tembatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang menggesa masyarakat petani berani menceburi bidang ternakan cacing kerana ia mempunyai potensi besar pada masa hadapan.

Ujarnya, ternakan cacing baka Indonesia dan Australia boleh menambah pendapatan petani moden kerana ia tidak perlu keluasan tanah sebaliknya boleh dilaksanakan secara bertingkat di bawah satu bumbung.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang percaya ternakan cacing berbaka baik bukan sahaja menambah pendapatan seseorang malahan turut membantu negeri memperkembangkan ekonomi," jelasnya pada Harakahdaily ketika mengadakan lawatan kerja ke Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor melihat projek usahawan muda, Abdul Halim Saidin, 40.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menggalakan mana-mana individu yang datang daripada kelompok petani agar berusaha sama ada perseorangan atau berkelompok memandangkan industri itu masih baru.

Kata Law, tanpa keluasan tanah seseorang itu boleh menambah kewangan peribadi asalkan minat yang mendalam serta menyertai kursus yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat sentiasa mengalakan mana-mana individu yang berminat melaksanakan pertanian bercorak moden berteraskan pertanian seperti ternakan lintah, burung walid serta cacing," tegasnya.

Menyentuh mengenai pasaran, beliau menegaskan, permintaan terhadap ternakan ini tidak mencukupi untuk kegunaan domestik.

"Bila cacing cukup besar penternak akan menjual kepada pemborong atau pusat ternakan di Sungai Besar, Selangor," tambahnya

Sumber Harakahdaily-

Jadi pada sapa-sapa yang ingin menceburi bidang ini amatlah digalakkan

No comments: