Thursday, July 17, 2008

Pengalaman yang berharga

Penattt...itulah yang aku dapat gambarkan apabila mula menerima bekalan cacing. Tak sangka aku susah jugak nak menternak cacing ne memang banyak kerja yang nak kena buat.

Aku mendapat bekalan cacing pada hari ahad lepas (13/7/08) dari Dr Azwan oleh kerana aku hendak dalam perjalanan balik ke mentakab jadi aku meminta Dr azwan menunggu aku di Petronas d gombak yang nak menghala ke Kuantan. Lebih kurang pukul 9 malam kami bertemu di tempat yang dijanjikan...sekali diaorang dah salah packing laa pulak aku nak order 8kg je alih-alih jadi 10kg lak, dah nak wat camne aku amik laa gak termasuk sekali makanan cacing yang aku order sekali.....penuh laa bonet. Bekalan cacing yang aku dapat tu dimasukkan didalam kotak yang mana didalam kotak tu terdapat dua bungkus setiap 1 bungkus 2.5kg cacing. Disebabkan kekurangan ruang maka akupun masukkan cacing tu didalam bonet, sebab anak aku tido jadi tempat pun tak muat untuk aku masukkan cacing.

Tapi lebih kurang 40 minit perjalanan aku rasa cam tak best takut-takut kalo cacing aku mati lak kang, aku berenti kat petronas kat highway karak aku pindahkan cacing aku kat dalam keta. Masa nak masukkan cacing kat dalam keta aku risau gak kalo berbau maklum laa bini aku kang bising lak dia kat aku....tapi aku terkejut gak letak dalam keta tutup tingkap keta sume memang tak berbau.

Sampai je kat umah pak mentua aku pas turunkan barang sume maka bermula la proses pengaulan makanan cacing yang aku beli tadi. Kotak yang aku gunakan untuk cacing ne bersaiz 2' x 3' semua sekali ada tiga. Nasib baik laa pak mentua aku tolong sekali kalo aku buat sorang-sorang memang tak tido laa jawapnya. Tu pun aku start pukul 1030 malam siap lebih kurang pukul 115pagi. Aku nak cite masa mengaul makanan cacing, selepas timbang masukkan dalam bekas makanan cacing tu kena gaulkan atau uli kerana banyak berketul-ketul jadi kena laa hancur-hancurkan guna tangan ini adalah untuk memberi lebih banyak oksigen masuk ke dalam makanan cacing. Semasa mengaul memang macam2 laa leh jumpa kadang tu serpih kayu, batu, plastik dan cacing pun kadang tu pun ada.

Ini la bekas yang aku gunakan untuk menternak cacing. Nampak tak bekas yang kat dalam bekas tu yang ada garis2 merah, tu cacing-cacing yang degil sume tak nak masuk kat dalam sume nak lepak kat luar.
Mungkin sebab campuran media yang tak betul aku terpaksa salin balik media tu memang banyak keje tapi nak buat camne kan, kalo tak lagi banyak yang mati cacing aku...tu pun aku kumpul2 lebih kurang dalam 2 kilo gak cacing aku mati....sabar je laa..tapi tak pe laa jadi ini sebagai pengalaman yang berharga.

No comments: