Lepas kaut baja nak kena ayak lak, sebab masa kita kaut baja tu cacing ngan telur-telur cacing sekali yang kita kaut, jadi untuk memudahkan keje mengutip cacing-cacing kena la ayak dulu. Untuk pengetahuan pada yang baru nak menternak sebelum kaut baja pastikan media jangan disiram sehari sebelumnya, ini adalah untuk memudahkan proses mengayak kerana kalau dalam keadaan basah baja-baja akan melekat-lekat kat jaring pengayak, kat cacing kira leceh la nak wat keje kalo basah-basah ne. Gambar seterusnya cara mengayak baja lak.
Untuk gambar yang disebelah tu kita dapat lihat yang kat bawah tu adalah hasil baja yang telah diayak yang lebih halus dan lebih cepat kering bila dijemur nanti. Selepas diayak mana-mana cacing yang kelihatan kita kutip dan dimasukkan balik ke tempat kediamannya, tapi pastikan jangan tengok cacing yang kat pengayak je kadang tu cacing tu boleh melepasi jaring tu dan jatuh ke bawah bersama-sama baja yang telah diayak. Kalo rajin kutip laa kalo tak biarkan je sebab masa kita jemur nanti boleh gak kutip.
No comments:
Post a Comment