Monday, August 4, 2008

Baja

Kalo nak tau ini la rupa vermikompos yang dihasilkan oleh cacing yang berwarna hitam tu dan yang kat sebelahnya tu adalah media yang baru disiapkan berwarna coklat, media tersebut adalah campuran 30% tinja kambing & 70% habuk kayu.













Kalau kita menggunakan campuran sabut kelapa proses mengayak lebih mudah kerana ia lebih mudah terurai tetapi untuk mengutip cacing lebih susah kerana terdapat banyak serabut-serabut dari sabut kelapa yang mana cacing-cacing akan tersembunyi dicelah-celah serabut kelapa lain kali aku tunjukkan gambarnya yeee untuk sapa-sapa yang tak paham dari penerangan aku ne..

Gambar yang kat bawah ne yang dalam bekas fiber tu adalah tinja kambing & habuk kayu yang aku dah rendam selama seminggu. Nampak tak air yang berwarna hitam tu?? itu adalah air yang terhasil dari rendaman tinja kambing itu. Tapi air tu aku tak buang aku gunakan sebagai baja untuk pokok cili, kacang panjang & bendi. Gambar seterusnya adalah semasa nak buat rak untuk cacing-cacing aku. Yang tengah mengergaji itu adalah akunya Construction Manager merangkap pak mentua aku serta pembantu-pembantunya yang kejenya membantu untuk tengok je....hehehe.













Ini gambar rak yang telah siap dan yang disebelahnya itu dapat kita lihat kain kat kaki rak tu. Kain tu aku rendam ngan minyak tanah tujuannya adalah untuk menghalang semut-semut dari naik ke atas rak dan menyerang cacing-cacing aku.






No comments: