Wednesday, November 12, 2008

Jenis-jenis Cacing Untuk Vermikompos

Cacing tanah boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu:
1) Endogeic (soil dwelling)
2) Epigeic (litter dwelling)
3) Anecic (night crawler)

Di antara tiga jenis cacing 'epigeic' di katakan paling sesuai untuk perkomposan yang terdiri dari spesis Eisenia fetida (cacing harimau). Lumbricus rubellus (cacing merah) dan Perionyx excavatus (cacing biru/tempatan). Cacing-cacing lain yang digunakan adalah Eisenia andrei (Perancis), Aporrectodea caliginosa dan A. trapezoids (Eropah) Pharetima elongata (India) dan Microscolec dubius (Amerika Selatan) dan Eudrilus eugeniae (African night crawler)

Di Australia, cacing harimau dipilih sebagai cacing vermikompos untuk menghasilkan vermikompos kerana ia mempunyai selera makan yang tajam. Cacing biru dikatakan lebih sesuai digunakan di Malaysia kerana ia merupakan cacing tropikal dan boleh didapati di kawasan hutan negara ini. Walau bagaimanapun ianya lebih gemar kepada makanan dari najis haiwan.

2 comments:

rio_ohki said...

cacing biru memang sesuai dgn iklim tropika tetapi kadar pembiakan adalah rendah jika dibandingkan dgn african night crawler. ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa institusi sains pertanian diluar negara yang menjalankan kajian suhu yang sesuai ke atas jenis2 cacing. cacing african night crawler juga adalah sesuai dengan iklim tropika.

Hijau Kembali said...

PRODUK TERBARU DI PASARAN- CAN-O-WORM
Langkah mudah pengusaha cacing di Malaysia untuk membiak dengan BERKESAN DAN MUDAH.
Kelebihan Can-O-Worm:
1. Penjimatan ruang yang tidak memerlukan anda membiak cacing secara komersil di atas tanah yang luas.
2. Penjimatan kos tenaga buruh untuk menjaga dan memastikan keselamatan kawasan ternakan anda oleh kerana ia boleh di simpan di dalam premis perniaagaan, di rumah dan di tapak yang tertutup.
3. Penjimatan kos penyelenggaraan tapak ternakan oleh kerana ia bekas yang tertutup dan tidak memerlukan penjagaan rapi seperti tapak ternakan cacing yang biasa terdedah kepada ancaman luar.
4. Tidak berbau dan mudah untuk dipindahkan mengikut kesesuaian pihak penternak.
PERUBAHAN YANG ANDA LAKUKAN MAMPU MENJANA PENDAPATAN LEBIH DARIPADA PENTERNAK YANG LAIN. JADILAH YANG PERTAMA YANG MENGIKUTI ARUS PERUBAHAN PASARAN SEMASA

UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI PRODUK, HUBUNGI KAMI DI TALIAN 0192286010 / 0192166014 ATAU hijaukembali@gmail.com / kunjungi blog kami di http://hijaukembali.blogspot.com/