Wednesday, November 12, 2008

Jenis-jenis Cacing Untuk Vermikompos

Cacing tanah boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu:
1) Endogeic (soil dwelling)
2) Epigeic (litter dwelling)
3) Anecic (night crawler)

Di antara tiga jenis cacing 'epigeic' di katakan paling sesuai untuk perkomposan yang terdiri dari spesis Eisenia fetida (cacing harimau). Lumbricus rubellus (cacing merah) dan Perionyx excavatus (cacing biru/tempatan). Cacing-cacing lain yang digunakan adalah Eisenia andrei (Perancis), Aporrectodea caliginosa dan A. trapezoids (Eropah) Pharetima elongata (India) dan Microscolec dubius (Amerika Selatan) dan Eudrilus eugeniae (African night crawler)

Di Australia, cacing harimau dipilih sebagai cacing vermikompos untuk menghasilkan vermikompos kerana ia mempunyai selera makan yang tajam. Cacing biru dikatakan lebih sesuai digunakan di Malaysia kerana ia merupakan cacing tropikal dan boleh didapati di kawasan hutan negara ini. Walau bagaimanapun ianya lebih gemar kepada makanan dari najis haiwan.

1 comment:

Anonymous said...

cacing biru memang sesuai dgn iklim tropika tetapi kadar pembiakan adalah rendah jika dibandingkan dgn african night crawler. ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa institusi sains pertanian diluar negara yang menjalankan kajian suhu yang sesuai ke atas jenis2 cacing. cacing african night crawler juga adalah sesuai dengan iklim tropika.